November 10, 2008

Oh Langsirku..

Runtuh.Langsir bilik aku runtuh.Pemegang besinya tercabut.Huh..aku buntu.Haritu sebelum raya dah jatuh sekali tapi masih belum tercabut tapi sekarang dah tercabut terus.

Aku buntu tapi kerana ketika itu aku tidur aku biarkan dulu langsir dan besi itu terbungkang di situ.Nasib kaulah aku mau tidur dulu.

Bila bangun tidur aku buntu lagi macammana aku mau betulkan langsir itu.Sliding door ini terlalu luas.Nasib pagi-pagi aku kerja,kalau tidak mesti ini akan mengganggu tidur aku kerana matahari akan memancar direct pada aku.

Aku buntu.

Aku sms Taurus.Meminta pertolongan dan idea.Kan aku da cakap aku nie rock2 manja,langsir runtuh pun tak tau macammana mahu selesaikan.Huh..lagipun Taurus yang uruskan pasal langsir ini sejak mula.Tauruslah yang belikan besi,curtain dari IKEA,suruh orang drill untuk pasangkan besi dan Taurus juga yang ironkan curtain yang baru beli tu.

Taurus balas.

“Tadi aku tanya pasal ***** tu pun x jwb lagi kan,ni kau pulak nk tnya aku..Kena cari tngga la apa2 hal pun,tinggi kan..Tngok la besok2 tngok apa kejadiannya..

Gulp.Blur.Bila masa pulak aku tak jawab nieh,dia salah hantar msg ke ape..tapi kalau pasal cakap pasal tangga tu betulla dia tgh sms aku.Tersentap tapi aku tidak melenting aku cool….Nie marah ke ape eh,tapi aku da biasa dah..aku lagi suka dia marah macamnie dari dia berdiam diri.

“Pisces minta maaf Taurus,tapi xde dpt apa2 msg pun dr Taurus pasal ***** sorry sangat2..

Teet..teet..Taurus balas..”Hantar msg kat num lama..”

Menyesal.Tulah gatal lagi pakai banyak-banyak nombor.Padan muka aku tapi seronok jugak kerana sepertinya Taurus mahu membantu.Seronok jugak kena marah sebab rindu sangat nak kena marah macamnie.

Terima kasih,langsir..selalulah lagi jatuh ye.

November 9, 2008

Jangan Berhenti Mencintaiku

Hari kian begulir
Makin dekat dirimu di hatiku
Meskipun tak terucapkan
Ku merasakan dalamnya cintamu

Jangan berhenti mencintaiku
Meski mentari berhenti bersinar
Jangan berubah sedikitpun
Di dalam cintamu ku temukan bahagia

Jalan mungkin berliku
Takkan lelah bila di sampingmu
Semakin ku mengenalmu
Jelas terlihat pintu masa depan

Semoga tiada berhenti
Bersemi selamanya

November 8, 2008

Merencana Waktu

Aku telah bangun seawal jam 6 pagi.Sekarang aku sedang merencana apakah yang bakal aku lakukan sepanjang dua hari cuti ini.Jika sebelum ini,tidurku lebih lama dari jagaku namun sejak bekerja ini aku telah berjaya mengurangkan waktu tidurku.Serius aku suka tidur..benar kan cik cinder-rela…?

Aku akan lebih banyak tidur kalau ketika itu aku sedang dilanda masalah.Aku tidur untuk melupakan masalah dan itu cara aku mengelakkan diri dari memikirkan masalah tersebut.Tentang ini,aku amat sama dengan Taurus.

Sejak awal perkenalan,aku berkongsi minat yang sama dengannya iaitu tidur.Kadangkala menghabiskan masa 2-3 hari bersama hanya lepak di bilik untuk tidur,bangun untuk makan,menonton movie dan tidur semula..tapi tidaklah sepanjang masa kami tidur.Taurus juga mengiyakan kataku bila aku katakan padanya aku tidur untuk melupakan masalah.Sama dengannya.

Adakah sekarang sudah tiada masalah dalam hidupku?Bukan..cuma aku sekarang aku mengambil keputusan untuk menghadapinya.Mungkin aku telah sedikit matang dan berani untuk menerima kenyataan hidup yang tidak selalunya manis ini.Tidak aku nafikan kini aku rasa semakin tenang….

Ok aku mau memulakan hari aku dengan breakfast.Aku sudah terasa lapar dan aku akan sambung merencana hariku sewaktu breakfast nanti!

Cindir-rela..mau ketemu di kala malam bulan mengambang berbicara mengenai kehidupan..?

Tahniah Nasha Aziz..

Aku tidak tahu pun sebenarnya malam tadi berlangsungnya Anugerah Skrin.Malam tadi..sedang aku tengah asyik bekerja aku menerima panggilan dari sahabatku yang menyampaikan informasi kepadaku…

“weh Nasha Aziz menang weh,pelakon pembantu wanita terbaik untuk Sepi..tapi dia tak datang pulak..”

“menang apa pulak nieh..

“Anugerah Skrin la..malam ni kan ada anugerah skrin..”

“ohhh…ku tak tau”

Dan tidak beberapa lama selepas itu aku menerima sms pula dari cik cinder-rela..

“Wei,Yasmin Ahmad ko menang..”

Yes..dalam hatiku.Dia memang patut diberi penghargaan dan aku sangat-sangat menantikan karya terbaru beliau iaitu Muallaf dan Talentime.

Kepada Nasha Aziz pula,aku sangat rindu untuk melihat dia berlakon iklan lagi kerana teringat ketika aku kecil aku selalu lihat dia dalam iklan 100 PLUS dan Nescafe.Nostalgia beb!

Tahniah untuk Nasha Aziz dan Yasmin Ahmad.

Ok aku mau berkongsi sesuatu yang aku suka di sini.Menarik!

Ini intro untuk rancangan How Do I Look?

Tidak tahu maklumat lanjut cuma tertarik dengan montaj ini dan mau kongsi.

November 6, 2008

Timba Ilmu

Minggu lepas aku mula bekerja.Kini kerja aku adalah menonton trailer-trailer filem terkini atau lama.Bukan tujuan suka-suka namun aku perlu mengkaji trailer-trailer itu dan dijadikan reference untuk kerja-kerja aku.

Mengikut pemerhatian aku selama ini,antara elemen penting yang perlu ada dalam sebuah trailer filem adalah skor muzik yang bagus dan pemilihan shot yang bagus juga.Banyak trailer filem yang sangat mengujakan kita untuk menonton filemnya,namun filemnya tidaklah sehebat mana kan..?

Trailer filem sangat penting bagi tujuan promosi.Begitu juga dengan iklan produk.Aku bercakap mengikut pemerhatian aku saja,aku belum cukup ilmu di dada untuk bercakap lebih lanjut tentang itu.

Namun sebagai orang baru,tugas aku bukanlah melibatkan sebuah trailer filem dan juga bukanlah menonton trailer filem sepanjang masa,tapi kini aku sedang menyiapkan proses editing 3 episod program untuk TV Pendidikan.Aku masih dalam proses menyesuaikan diri dan masih lagi belajar selok-belok bidang ini.Mujurlah mentor-mentor aku sangat baik dan tidak lokek ilmu mereka.

Aku sangat seronok di sana.Lima orang pekerja dalam satu studio,walaupun baru beberapa hari aku di sana namun aku sudah merasakan mereka sebagai family aku kerana kami bekerja sebagai satu pasukan.Dua orang motion graphic designer,Udeen dan Anwar manakala aku sebagai junior video editor.Mentor-mentor kami,Abang Fikri dan Abang Mukram.Mereka berdua ini memang sangat pakar dan aku sekarang perlu banyak bertanya pada mereka untuk memahirkan diri dengan perisian Final Cut Pro itu.

Walaupun banyak yang masih perlu dipelajari,namun aku seronok di sana.Setiap hari aku akan masuk kerja jam 10 pagi dan meninggalkan studio paling awal pun jam 12 tengah malam dan yang paling lewat setakat ini adalah jam 2 pagi.Penat juga berulang-alik Damansara-Ampang namun aku enjoy setakat ini.

Oh,di sini aku ingin berkongsi beberapa filem yang aku sedang tunggu tayangannya kerana aku sudah menonton trailernya dan aku sangat teruja untuk menontonnya nanti.Tambahan pula pelakon-pelakon kegemaran aku terlibat di dalamnya.

dan satu lagi The Reader lakonan Kate Winslet juga

Namun aku rasa kemungkinan besar filem-filem ini tidak akan ditayangkan di Malaysia…maka aku rasa torrent boleh membantu aku merealisasikan impian aku untuk menonton filem-filem ini.Aku paling teruja untuk menonton The Reader ini kerana jalan ceritanya dan latar masanya menarik perhatian aku.Aku teringat kisah Malena bila aku menonton trailernya.Ok aku sudah mau bersiap-siap ke studio.Nanti-nanti aku kongsi lagi apa yang aku suka.

Saya Layang-Layang

saya layang-layang,
kamu peraihnya,
saya suka terbang,
kamu mengemudinya.

saya layang-layang,
kamu melihat,
saya suka terbang,
kamu buka ikat.

saya layang-layang,
kamu tuannya,
saya suka terbang,
bila kamu ada.

saya layang-layang,
kamu kasihan,
saya suka terbang,
tapi cuma berdekatan.

saya layang-layang,
kamu potong talinya,
saya suka terbang,
kamu fikir saya suka?

saya layang-layang,
kamu sudah pulang,
saya benci terbang,
tanpa peraih sayang….

-fynn jamal-

Aku suka dengan karya Fynn yang ini kerana rasa dekat dengan aku.Pagi tadi aku menaipkan satu persatu bait-bait puisi di atas ke dalam handphone aku dan kemudian aku hantar kepada Taurus.Memang sesuai sangat puisi ini dengan kisah kami.

Aku ikhlas dedikasikan puisi ini untuknya….tidak mengharapkan balasan cuma mau dia tahu yang dirinya dihargai selama ini cuma sayang aku baru sedar aku tidak pernah menunjukkannya dan harap masih belum terlambat untuk itu….